Saya Dah Grad!
Anda tahu apa itu graduasi? Ala, yang orang pakai jubah. Pastu pakai topi, terima sijil. Lebih kurang macam tu la maksudnya. Hari ni aku pakai jubah kaler maroon. Pakai kasut tumit tinggi yang berkilat. Tapi tak pakai topi yang macam budak2 U lain grad.
Majlis boleh la tahan. Tapi, adabanyak sikit cacat cela. Katanya program start pukul 10 tapi pukul 11 baru mula. Naik kematu duduk atas kerusi tuh tunggu. Tu la janji Melayu. Masa terima hadiah pun rata2 tak jadi posing amik gambar. Pengarah tak tengok kamera. Nasib baik aku berposing dengan baik. Fotogenik la katakan. Haha. Tapi tak taulah hasilnya macam mana.
Perasaan aku ialah gembira sebab dah tamat sekolah walaupun SPM tak abis lagi. Atau dalam erti kata lain berhenti sekolah. Tak perlu lagi nak pakai uniform sekolah. Tak perlu lagi panjat anak tangga naik kelas. Tak perlu lagi berhadapan dengan additional mathematics. Memang best, tapi cikgu cakap mula2 je best. Nanti lama2 awak la yang datang sekolah hari2. Rindu dengan zaman persekolah. Itu cikgu yang cakap. Bukan aku yang cakap. Kamu pulak cakap apa?
Kamu nak tau satu auta ? Aku terjatuh masa turun dari tangga lepas terima sijil. Itulah gara-gara pakai kasut tumit tinggi. Jangan percaya ye sebab ini auta, bukan fakta!
Majlis boleh la tahan. Tapi, ada

p/s: Ada sapa2 nak kongsi pengalaman bergraduasi atau tengok orang grad?
by
- m!ss_yaNa -,
under
CORETAN,
SCHOOL.
3
comments.
Dah Start Musim Tengkujuh
Biasa la kan. Masuk bulan November je negeri-negeri Pantai Timur dah start musim tengkujuh. Sejak kebelakangan ni hari-hari hujan. Angin pun kuat semacam je. Alhamdulillah, hari ni baru la cerah sikit cuaca. Sempat la mengeringkan baju-baju yang dah lama tak kena cahaya matahari. Hehe~
Musim-musim hujan ni memang kena jaga kesihatan masing-masing. Aku pun dah start nak demam. Mana taknya, pergi sekolah kena hujan. Kat sekolah kena hujan. Balik sekolah pun kena hujan. Kat rumah pulak main hujan. Haha..Tapi harap-harap demam tak berlarutan sampai hari exam. Kalau tak memang tak boleh nak jawab exam la.
Ok! Dah tak nak melalut. Lain kali kita sambung balik citer ek. Selamat mengulang kaji bagi semua pelajar yang menghadapi peperiksaan akhir tahun dan calon2 SPM 2009! :)

4
comments.
Sila Forward Pesanan Ini!
Dulu, kat friendster ramai sangat yang forward2 message. Sekarang ni pulak, ada trend baru. Melalui telefon bimbit pulak. Tak percaya? Sila tengok di bawah :
"Ya Allah, Kau berilah kami keputusan yang terbaik. Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah. Setidak-tidaknya Kau berikanlah kami lulus Ya Allah. Dan janganlah Engkau berikan kami kegagalan Ya Allah."
Tak habis lagi tu. Ada lagi :
"Sebarkan mesej ini kepada 10 orang rakan awak. Jangan menyesal sekiranya awak gagal dalam exam sebab awak tak forward mesej ni kepada orang lain supaya awak didoakan oleh mereka."
Jadi, kalau aku tak hantar kat 10 orang rakan aku, aku gagal la? Aduii~ Setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Bukannya kalau kita tak sampaikan mesej tu kat orang lain kita akan gagal. Dan kalau kita forward kat orang lain jugak tak bermakna kita akan mendapat keputusan yang cemerlang. Semua tu kuasa Allah sama ada nak beri kejayaan kepada kita atau tak.
Korang faham tak konsep tawakal? Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh. Tawakal didahului dengan azam. Setelah berusaha bersungguh-sungguh, barulah kita berdoa dan berserah kepada Allah. Segala keputusan sama ada baik atau buruk diterima dengan reda.
Jadi, apa yang penting kat sini, usaha dan doa tu amat penting. Lepas tu, korang berdoa la kepada Allah agar diberi keputusan yang cemerlang. Satu lagi, jangan berdoa masa kita nak amik periksa atau ada masalah je. Lepas korang dah habis periksa, dah lupa nak berdoa. Sentiasalah berdoa dan memohon dari-Nya agar segala yang kita lakukan akan mendapat keputusan yang baik. Insya-Allah..
by
- m!ss_yaNa -,
under
ISLAM.
7
comments.
Subscribe to:
Posts (Atom)